Mengenai Cabaran Genovasi

About the Genovasi Challenge

The Genovasi Challenge driven by AIM (Agensi Inovasi Malaysia) is a series of national challenges that will be launched throughout the forthcoming year to inspire Malaysians to assume ownership, innovate and take action. The first challenge is the series is titled “Connected Communities”.

Genovasi recognises the importance of young people to the future of the country and how their skills as creative innovators will be instrumental to solving social, economic and environmental issues.

Genovasi’s vision is that young people will take interest in and stewardship of the problems, will think carefully about potential solutions, will propose practical and effective ideas, and will subsequently work collaboratively with the public and private sector to implement them.

The power to improve the country is in the hands of the (young) people. We want Malaysians to take responsibility for the growth and improvement of the country.

Connected Communities Challenge Scope

The neighbourhood that you choose to develop or improve may or may not be the one that you live in. It could be the place where you grew-up, where you work, or the place that your parents live now, or any other neighbourhood that interests you. What is important is that you see potential for improvement and/or development in this neighbourhood.

For the purposes of illustration only, suitable responses might be:

  • Awareness or behaviour change campaigns
  • New technologies to make communities safer, cleaner or more attractive
  • Physical or infrastructure plans
  • Volunteer programmes or other community engagement initiatives
  • … and many others are possible.

Genovasi will be looking for highly innovative and forward-thinking responses that include all Malaysians and that can be implemented in neighbourhoods in both the short and long-term. Responses should demonstrate how the solution might be implemented and applied in real Malaysian neighbourhoods and localities, with specific consideration to potential local partners.

Genovasi will not favour responses that are:

  • Unsustainable over the mid to long-term
  • Obvious, but unviable solutions, such as simply providing more money or government resources
  • Illegal activities
  • Exclusive to certain segments of Malaysian society

======

Mengenai Cabaran Genovasi

Cabaran Genovasi yang dipacu oleh AIM (Agensi Inovasi Malaysia) adalah siri cabaran peringkat kebangsaan yang akan dilancarkan sepangjang tahun akan datang bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memikul pemunyaan, berinovasi dan mengambil tindakan. Cabaran pertama dalam siri Cabaran Genovasi bertajuk “Masyarakat Terhubung”.

Genovasi memperakui kepentingan peranan golongan muda terhadap masa depan negara. Kemahiran mereka sebagai pencipta inovasi yang kreatif akan memainkan peranan yang penting untuk menyelesaikan pelbagai isu sosial, ekonomi dan alam persekitaran.

Visi Genovasi adalah supaya golongan muda akan berminat dan menerajui penyelesaian isu-isu, meneliti penyelesaian yang mampu dilaksanakan, mencadangkan idea-idea yang praktikal dan berkesan serta berganding bahu dengan sektor awam dan sektor swasta untuk merealisasikan penyelesaian tersebut.

Golongan muda mempunyai kuasa dan daya upaya untuk memajukan negara. Pihak kami ingin melibat rakyat Malaysia memikul tanggungjawab dalam pertumbuhan dan pembangunan negara.

Skop Cabaran “Masyarakat Terhubung”

Kawasan kejiranan yang anda pilih untuk dibangunkan atau dimajukan mungkin atau tidak merupakan kawasan yang anda diami. Ia mungkin adalah tempat anda membesar, bekerja, didiami ibu bapa anda ataupun salah satu kawasan yang menarik minat anda. Apa yang penting adalah anda merasakan kawasan kejiranan tersebut mempunyai potensi untuk dimajukan atau dibangunkan.

Sebagai contoh untuk tujuan rujukan, cadangan yang sesuai mungkin merangkumi:

  • Kempen kesedaran atau perubahan perilaku
  • Teknologi baru untuk menjadikan masyarakat lebih selamat, bersih dan lebih menarik.
  • Pelan fizikal atau infrastuktur
  • Program sukarelawan atau inisiatif pembabitan masyarakat yang lain.
  • … dan pelbagai cadangan lain.

Genovasi akan mencari cadangan yang berinovatif dan berfikiran maju yang menglibatkan seluruh rakyat Malaysia dan mampu dilaksanakan di kawasan-kawasan kejiranan dalam jangka masa yang pendek dan panjang. Cadangan yang diberi harus memaparkan bagaimana penyelesaian yang dicadangkan dapat dilaksanakan dan diaplikasikan di dalam kawasan kejiranan di Malaysia dengan pertimbangan khusus diberi kepada rakan usahasama tempatan.

Genovasi tidak akan menyokong cadangan yang:

  • Tidak mampan dalam jangka masa sederhana ke jangka masa panjang.
  • Cadangan yang amat nyata tetapi tidak berdaya maju seperti penyaluran wang atau sumber kerajaan semata-mata.
  • Aktiviti haram
  • Memberi manfaat yang tertakluk kepada golongan tertentu sahaja dalam masyarakat Malaysia

Syarat & Peraturan Rasmi Cabaran ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekirannya terdapat sebarang percanggahan antara kedua-dua versi terma dan syarat, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai dan ia adalah muktamad.