Cabaran

Sarankan cadangan untuk memajukan atau membangunkan kawasan kejiranan anda bagi mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.

Maklumat tentang Cabaran

Terdapat pelbagai kaedah baru yang berpotensi untuk memajukan dan memeriahkan kawasan kejiranan di Malaysia. Cabaran ini meminta peserta untuk “Berfikiran Besar” (Think Big) dan mengambarkan keadaan dan senario di Malaysia yang ingin dialami. Ini bukan cabaran yang mudah, malah ia memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memikirkan kaedah atau cara yang membolehkan kami sebagai rakyat Malaysia, untuk membangunkan negara yang memupuk sikap inklusif dan terbuka yang relevan kepada rakyat.

Pihak kami mengalu-alukan penyertaan golongan muda; yang bekerja mahupun yang masih belajar dalam pelbagai bidang pengkhususan (sila rujuk Syarat Kelayakan untuk maklumat terperinci berkenaan kelayakan untuk menyertai cabaran ini). Pihak kami ingin mencungkil kaedah inovatif untuk memajukan dan membangunkan kawasan kejiranan yang dapat membentuk hubungan positif dan interaksi sesama rakyat serta hubungan positif antara rakyat dengan kawasan kejiranan.

Antara soalan-soalan penting yang anda perlu bertanya kepada diri anda sebelum memulakan cabaran:

  • Apakah diperlukan oleh masyarakat setempat anda?
  • Kaedah atau jenis perbaikan yang akan memberi kesan yang terbesar dan positif kepada masyarakat setempat anda?
  • Apakah rintangan yang menghalang penambahbaikan pada masa kini?

Pendapat anda terhadap kawasan kejiranan tersebut mungkin merangkumi satu aspek tunggal atau mengandungi beberapa aspek. Penyelesaian yang dicadangkan akan menggambarkan aspek atau aspek-aspek ini. Anda boleh memilih untuk memberi tumpuan terhadap kebahagiaan dan kesejahteran masyarakat, tahap pendapatan, kebersihan atau keadaan sampah sarap kawasan tersebut. Yang penting adalah anda merekabentuk, membangunkan dan mencadangkan penyelesaian yang akan memperbaiki salah satu unsur dalam kawasan kejiranan tersebut.

Cabaran ini menawarkan peluang kepada anda untuk berfikir secara berbeza – luar daripada amalan biasa.. Oleh itu, anda mungkin ingin memberi tumpuan terhadap salah satu isu atau beberapa isu yang yang berkaitan dengan kawasan kejiranan dan masyarakat seperti:

  • Menggalakkan tanggungjawab individu terhadap kebersihan persekitaran kawasan kejiranan. Anda perlu menyedari bahawa sesetengah golongan masyarakat akan memberi maklum balas yang lebih positif berbanding yang lain. Apakah cadangan anda bagi menggalakkan masyarakat setempat dari semua peringkat umur untuk memikul tanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran dan bagaimana anda akan menyampaikan mesej ini kepada masyarakat setempat.
  • Melibatkan pelbagai individu dan golongan seperti warga tua, kanak-kanak dan golongan kurang upaya dalam proses pembabitan masyarakat. Bagaimana anda akan memupuk semangat baru terhadap isu yang selama ini dianggap sebagai tanggungjawab pihak lain?
  • Melibatkan perniagaan dan institusi awam seperti sekolah, hospital, kerajaan tempatan, institusi keagamaan dan lain lagi dalam proses pembabitan. Bagaimana golongan ini dapat memperoleh manfaat baru daripada pembabitan mereka dengan kawasan kejiranan setempat.

Tarikh Penting

Tempoh Penyerahan Cadangan: 14hb November 2012 – 15hb Disember 2012
Tempoh Penilaian Penyertaan: 16hb Disember 2012 – 15hb Januari 2013
Undian Awam: 22hb Januari 2013 – 29hb Januari 2013
Pengumuman Pemenang: Akan Ditentukan

Hadiah Pemenang

Pemenang Utama (1): RM100,000
Pemenang Kedua (1): RM50,000
Sebutan Khas (8): RM5,000

Penilaian Cadangan Judging Criteria

  1. Inovasi dan kualiti: Peserta perlu mengemukakan cadangan yang asli dan kreatif.
  2. Kebolehlaksanaan: Merangkumi kos, peranan dan jumlah sukarelawan serta sokongan pihak-pihak yang berkepentingan
  3. Kemampanan: Merangkumi kebarangkalian cadangan akan dipelihara dan diteruskan dengan sokongan masyarakat setempat dan sukarelawan.
  4. Kesan dan Skala: Merangkumi sama ada program ini mampu diperkembangkan dalam kawasan kejiranan tersebut dan seterusnya dilanjutkan kepada kawasan kejiranan lain.

Pengadil

Satu panel pengadil akan dilantik oleh Pihak Pentadbir.

Cara untuk menyertai:

  1. Daftar akaun baru di Communities.Challenge.my atau log masuk menggunakan akaun ChallengePost yang sedia ada.
  2. Di laman Communities.Challenge.my, tekan “Accept this challenge” untuk mendaftarkan diri dalam cabaran ini. Langkah ini memastikan anda akan menerima maklumat terkini berkenaan cabaran ini.
  3. Hasilkan cadangan anda yang memenuhi syarat-syarat berikut:
    1. Gambarkan kawasan kejiranan yang dipilih serta cadangan anda untuk memajukannya dalam dokumen yang tidak melebihi 10 mukasurat bersaiz A4 (4 mukasurat minimum) dalam bentuk PDF.
    2. Dokumen PDF yang diserahkan tidak boleh melebihi 800 patah perkataan tetapi anda dibenarkan untuk menyertakan seberapa banyak imej yang diingini.
    3. Anda harus menggunakan 800 patah perkataan untuk memberi penjelasan yang berkenaan bahan visual seperti gambar, gambarajah dan lakaran yang digunakan. Bahagian bertulis cadangan anda perlu merangkumi idea keseluruhan yang dicadangkan, proses yang digunakan untuk mencapai cadangan tersebut dan manfaat yang akan diperolehi oleh kawasan kejiranan yang dipilih melalui perlaksanaan cadangan anda.
    4. Cadangan anda boleh disediakan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia atau kedua-duanya..
  4. Muatnaikkan fail PDF anda dan tekan “Submit”
  5. Muatnaikkan sekeping gambar yang dapat melambangkan cadangan keseluruhan anda bagi memudahkan pihak kami mengenalpasti cadangan anda.

Sebagai sebahagian daripada penyerahan cadangan, anda perlu menyediakan hujahan yang menyakinkan tentang cara cadangan anda dapat memajukan atau membangunkan kawasan kejiranan yang dipilih. Selain daripada dijadikan bahan utama untuk dinilai, cadangan anda mungkin akan dijadikan sebahagian daripada pelan perniagaan di masa hadapan. Dalam kedua-dua scenario, komunikasi idea yang ringkas dan berkesan adalah amat penting. Walaupun anda bercadang untuk menggunakan bahan visual sebagai fokus penyerahan cadangan, anda masih juga perlu menyediakan penyataan bertulis bagi menggambarkan idea anda. Penyataan tersebut perlu mengandungi maklumat berikut:

  • Di manakah lokasi kawasan kejiranan yang anda pilih? Berikan gambaran terhadap kawasan tersebut.
  • Apakah isu atau keperluan di kawasan tersebut yang akan diatasi menggunakan cadangan anda?
  • Apakah idea penyelesaian yang anda cadangkan?
  • Terangkan masalah yang dihadapi oleh kawasan kejiranan tersebut.
  • Terangkan pendekatan dan pendapat anda.
  • Jelaskan kepada pihak kami tentang idea anda dan cara anda akan melaksanakannya.

Syarat & Peraturan Rasmi Cabaran ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.  Sekirannya terdapat sebarang percanggahan antara kedua-dua versi terma dan syarat, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai dan ia adalah muktamad.