Soalan Lazim

Why this challenge?

The Prime Minister recently launched the DReIM Fund under the 1M4Youth programme. This fund is designed to support youth volunteer activities so even if your challenge solution isn’t one of our winners, you can still see it become a reality by applying for DReIM support.

Malaysia is on the path to becoming a developed nation by 2020, but there is more to a developed nation than increased income levels. The country and the government must involve and empower its people to improve their quality of life and communities and to take responsibility for community decisions that will impact everyone.

Improving the quality of life for an entire nation is an immense challenge and we believe that the best way to approach this is for everyone to have their say on what these improvements should be, and that is the approach that this challenge is embracing. With your help, we can focus on the improvement of every neighbourhood in Malaysia and the collective impact will be immense. The ideas and solutions that come from this challenge can and will be replicated around the country in a range of neighbourhoods; each neighbourhood will improve incrementally with each idea implemented. We understand that not all of the ideas or solutions will work in all locations, so we are taking this holistic crowd-sourced approach to establish a pool of ideas and solutions that can be applied to different communities and neighbourhoods to ensure maximum impact.

One of the outcomes from this challenge will be a flood of ideas that flow into and out of each neighbourhood and community. Neighbourhoods will then be able to implement the ideas that they think work for them and either improve or discard of those that they find irrelevant. By taking ownership of their own neighbourhoods, people can ensure that the projects that are implemented are the best projects for their community.

Who can enter the Genovasi Challenge?

This challenge is open to all Malaysian citizens aged 14 and over on the date of submission closing (those under 18 need to get their parents or guardian to consent). You can enter as teams or individuals.

Is the Genovasi Challenge open to Malaysians living outside Malaysia?

Yes – international entries are accepted from any Malaysian citizen.

How many people can work on a brief?

You can enter as either an individual or as a team. There is no set number of people that can be part of a team, but generally team entries comprise 2 or 3 people. The prize money will be distributed equally to all named members of the team.

What if my entry is longer than 10 pages?

Any PDF of longer than 10 pages will be disqualified.

When and where will my work be judged?

Judging for the Connected Communities brief will begin on 16th December 2012 and will last until 15 January 2013. The judges will create a shortlist that will then be opened to public voting to decide the final winner. Shortlisted entries will be required to produce a short video explaining their idea.

What is the process for short-listed entrants?

Judging for the Genovasi Challenge will take occur in two stages. At the first stage, the judges will anonymously select a short-list of approximately 10-20 (average of 15) submissions to go to the next stage. This anonymous short-listing will be based solely on the PDFs submitted online. This number will vary depending on the total number of entries in that particular category and if the judges feel there are more or fewer that they would like to see at the next stage. The second stage is a public vote. The short-listed entries will be available online to view and the public will vote for the winner. If shortlisted, you will be required to make a short 3-minute video of your idea and be invited to an event where overall winners will be announced.

When and how will I find out if I have been shortlisted?

You will receive an email to say that your work has been short-listed and that it is available for voting on the website.

Will my work be displayed anywhere?

Winning and Commended work will be available to view on the Awards winners page on the website and some may appear in the media, subject to press coverage. In addition, all eligible entrants will be listed on the website.

What is the award for the winning entrant or team?

The award for the winning entrant or team is RM100k.

What are the awards for 2nd and 3rd -10th place?

The award for the 2nd place winner is RM50k. The award for the 3rd through 10th place winners is RM5k each.

Can I enter more than one submission?

An entrant may enter more than one submission, however each submission must be substantially different from your other submissions.

Can my submission describe an existing programme?

Submissions should describe new programmes and ideas. If a submission describes an existing programme it must include ideas on improving or expanding the programme to meet the neighbourhood issues or needs identified. The entrant must acknowledge any existing programmes that they are building on.

Can teams submit?

Yes. Please list all team members in your submission using the “Team Members” field in the submission form. Please note that all team members must be registered users before they can be added to the submission.

====

Soalan Lazim

Mengapa adakan cabaran ini?

Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini telah melancarkan dana DReIM di bawah program “1M4Youth”. Dana ini ditubuhkan untuk menyokong aktiviti sukarelawan golongan belia. Oleh itu, walaupun cadangan anda tidak dipilih sebagai salah satu daripada pemenang kami, anda masih boleh menjadikan satu kenyataan dengan memohon untuk sokongan DReIM..

Malaysia sedang mengharungi perjalanan untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Namun demikian, terdapat banyak lagi perkara yang perlu dilaksankan untuk menjadi sebuah negara maju selain meningkatkan tahap pendapatan. Negara dan kerajaan perlu melibatkan dan memperkasakan rakyat untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dan masyarakat mereka di samping memikul tanggungjawab untuk membuat keputusan kemasyarakatan yang akan memberi kesan kepada semua orang.

Meningkatkan kualiti hidup untuk seluruh negara adalah satu cabaran yang amat besar dan kami percaya bahawa cara terbaik untuk menangani cabaran ini adalah untuk memberi peluang kepada seluruh rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka tentang kemajuan yang diperlukan. Itulah pendekatan yang diambil dalam Cabaran Genovasi ini. Dengan bantuan anda, kita dapat memberi tumpuan pada kemajuan setiap kawasan kejiranan di Malaysia dan kesan secara kolektif akan menjadi amat besar. Kesemua idea dan cadangan penyelesaian yang dikumpul melalui cabaran ini boleh dan akan dilanjutkan ke kawasan kejiranan di seluruh negara. Setiap kawasan kejiranan akan dimajukan secara berperingkat dengan setiap cadangan yang dilaksanakan. Kami memahami yang tidak semua idea atau cadangan penyelesaian akan berjaya di setiap lokasi. Oleh itu, kami juga mengambil pendekatan “crowd-sourced” secara menyeluruh untuk mewujudkan kolam idea dan penyelesaian yang dapat diaplikasikan di masyarakat dan kawasan kejiranan yang berlainan untuk memastikan kesan yang maksima.

Salah satu hasil daripada cabaran ini adalah untuk memperoleh idea dan cadangan daripada setiap kawasan kejiranan dan komuniti. Setiap kawasan kejiranan boleh melaksanakan cadangan yang dirasakan akan berjaya di kawasan mereka. Dengan memikul pemunyaan kawasan kejiranan masing-masing, masyarakat setempat dapat memastikan bahawa projek yang dilaksanakan adalah yang terbaik dan sesuai untuk kawasan mereka.

Siapa yang layak menyertai Cabaran Genovasi?

Cabaran ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 14 tahun ke atas pada tarikh tutup penyerahan (individu di bawah umur 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga mereka untuk menyertai cabaran ini). Anda boleh menyertai cabaran ini dalam pasukan atau secara individu.

Adakah Cabaran Genovasi terbuka kepada rakyat Malaysia yang menetap di luar Malaysia?

Ya – penyertaan oleh warganegara dari luar negara akan diterima.

Berapa ramai orang yang boleh bekerjasama dalam satu cadangan?

Anda boleh menyertai cabaran ini secara individu ataupun sebagai satu pasukan. Tiada had untuk jumlah peserta setiap pasukan tetapu secara lazimnya, setiap pasukan akan mengandungi 2 hingga 3 orang. Hadiah pemenang akan diagihkan secara sama rata kepada semua ahli pasukan.

Apa akan terjadi sekiranya penyerahan cadangan saya melebihi 10 mukasurat?

Sebarang dokumen PDF yang melebihi 10 mukasurat akan hilang kelayakan dan dibatalkan.

Bila dan di mana cadangan saya akan dinilai?

Penilaian untuk cabaran “Masyarakat Terhubung” akan bermula pada 16 Disember 2012 dan berlanjut sehingga 15 Januari 2013. Para hakim akan memilih senarai pendek daripada semua cadangan yang dikemukakan dan senarai tersebuat akan dimuatnaikkan di laman web ini untuk pengundian orang ramai.

Apakah proses selanjutnya untuk peserta yang telah dipilih dalam senarai pendek?

Penilaian untuk Cabaran Genovasi akan diadakan dalam 2 peringkat. Pada peringkat pertama, panel hakim yang dilantik akan memilih senarai pendek yang mengandungi 10 hingga 20 penyertaan (secara purata 15 penyertaan) untuk ke peringkat seterusnya tanpa mengetahui identiti peserta. Senarai pendek ini akan dinilai melalui dokumen PDF yang dikemukakan secara “online”. Jumlah peserta dalam senarai pendek akan berubah bergantung kepada jumlah penyertaan dan sekiranya panel hakim merasakan terdahap lebih atau kurang penyertaan yang ingin dilanjutnya ke peringkat seterusnya. Peringkat kedua penilaian adalah undian orang ramai di mana penyertaan yang telah disenaraipendek akan dimuatnaikkan secara “online” untuk dilihat dan diundi. Sekiranya penyertaan anda dipilih dalam senarai pendek, anda dikehendaki untuk menyediakan sebuah video sepanjang 3 minit berkenaan cadangan anda dan akan dijemput ke majlis penyampaian hadiah pemenang.

Bila dan bagaimana saya akan mengetahui sama ada saya telah disenaraipendek?

Anda akan menerima emel yang menyatakan cadangan anda telah disenaraipendek dan akan dibuka untuk undian orang ramai melalui lama web ini.

Adakah cadangan saya akan dipaparkan di mana-mana?

Cadangan yang berjaya memenangi hadiah serta sebutan khas akan dipaparkan di muka Anugerah Pemenang laman web ini. Cadangan-cadangan ini mungkin akan dipaparkan di saluran media tertakluk kepada liputan. Selain itu, kesemua peserta yang disenaraipendek akan dipaparkan di laman web ini.

Apakah hadiah bagi pemenang utama?

Hadiah untuk pemenang utama adalah RM100 ribu.

Apakah hadiah bagi pemenang kedua dan pemenang seterusnya?

Hadiah untuk pemenang kedua adakah RM50 ribu. Hadiah untuk pemenang yang lain adalah RM5 ribu setiap pemenang.

Bolehkah saya mengemukakan lebih daripada satu penyertaan?

Peserta boleh mengemukakan lebih daripada satu penyertaan tetapi setiap penyertaan haruslah mempunyai perbezaan yang ketara berbanding penyertaan anda yang lain.

Bolehkah penyertaan saya mengandungi cadangan program yang sedia ada?

Setiap penyertaan perlu menyatakan program dan idea yang baru. Sekiranya anda ingin mencadangkan program yang sedia ada, ia harus merangkumi cadangan tentang bagaimana untuk memajukan atau meluaskan program tersebut untuk mengatasi isus atau memenuhi keperluan kawasan kejiranan yang dipilih. Peserta mesti memperakui progam sedia ada yang ingin dimajukan atau diperluaskan.

Bolehkah pasukan menyertai cabaran ini?

Boleh. Sila senaraikan nama setiap ahli pasukan anda dalam pengemukaan cadangan menggunakan ruang “Team Members” di dalam borang penyertaan. Sila ambil perhatian bahawa kesemua ahli pasukan mesti berdaftar sebagai pengguna (mempunyai akaun) sebelum nama mereka dapat ditambah sebagai ahli pasukan sesuatu penyertaan.

Syarat & Peraturan Rasmi Cabaran ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekirannya terdapat sebarang percanggahan antara kedua-dua versi terma dan syarat, versi Bahasa Inggeris akan diberi keutamaan dan diguna pakai.