Sungai Milik Kita


WINNER: Honorable Mention

Sungai Milik Kita adalah cadangan untuk memberikan hak milik, pengunaan dan pembangunan Sungai Kelang kepada komuniti di sepanjang alirannya. Sungai bukan milik komuniti jika mereka tidak boleh menggunakan sungai ini dengan selamat . Sungai bukan milik komuniti sekitarnya sekiranya mereka tidak dapat menentukan apa yang harus berada di atasnya, di dalamnya dan di sekelilingnya. 4 juta ahli komuniti menjadi tidak kisah apapun keadaan sungai itu kerana mereka tidak menganggap sungai hak milik mereka yang perlu di jaga. Komuniti menganggap sungai ini milik orang lain kerana bukan mereka yang menentukan fungsi/keadaan sungai ini. Program Sungai Milik Kita akan menggunakan sumber tenaga komuniti untuk mengubah fungsi Sungai Kelang daripada saliran bahan buangan kepada Pusat Riadah Komuniti,untuk komuniti, oleh komuniti itu sendiri. Penduduk bersetuju menjadikan Sungai Kelang sebagai Pusat Riadah Komuniti lalu berkerjasama ke arah merealisasikannya dari segi pembersihan, penjagaan, pemantauan dan penyelidikan ke arah pembangunannya.