Back to all updates

almost 14 years ago

Thanks from Challenge.my!

Thank you for your submission to the Connected Communities Challenge. The response to the challenge has been tremendous and this is reflected in both the quantity and quality of the submissions that we have received. We have been really impressed with the effort, thought and creativity that has gone into the submissions and would like to thank you for the time and energy you have invested to participate in the challenge.

As you may be aware, judging for the Connected Communities Challenge has now finished therefore the shortlist for the top 10 has been compiled. Notifications will be sent out to the top 10 later today. Please note that only the top 10 will receive a notifcation, therefore if you do not receive one today then unfortunately your entry hasn’t been shortlisted this time. However even though you haven’t won this challenge, there is nothing stopping you from going out and trying to implement your idea anyway. There are a number of organisations such as 1M4U and Myharapan that may be able to assist you. There will also be the opportunity to enter submissions for future challenges and we look forward to receiving more great submissions from you then.

Once again thank you very much for participating in the Connected Communities Challenge, it’s been great to see so much passion and commitment in wanting to improve the quality of Malaysian neighbourhoods.

Many thanks,
The Challenge.my Team

-----

Terima kasih untuk penyertaan anda dalam Cabaran Connected Communities. Kami telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan yang dapat dilihat daripada kuantiti dan juga kualiti penyertaan yang telah diterima. Usaha, tahap pemikiran dan daya kreativiti yang telah ditunjukkan adalah amat mengagumkan dan kami ingin berterima kasih kerana anda telah memberikan masa dan juga tenaga untuk mengambil bahagian dalam cabaran ini.

Sepertimana yang anda tahu, tempoh penilaian Cabaran Connected Communities telah berakhir dan 10 penyertaan yang terbaik telah dipilih. 10 peserta dengan penyertaan terbaik ini akan dimaklumkan pada hari ini. Hanya 10 peserta terbaik sahaja akan dimaklumkan. Sekiranya anda tidak mendapat sebarang pemberitahuan, dukacita dimaklumkan bahawa penyertaan anda tidak berjaya kali ini. Akan tetapi, walaupun anda tidak berjaya dalam cabaran ini, tiada apa yang boleh menghalang anda untuk mencuba dan melaksanakan idea anda. Terdapat beberapa organisasi seperti 1M4U dan Myharapan yang boleh membantu anda merealisasikan impian anda. Peluang untuk menyertai cabaran-cabaran lain akan sentiasa ada dan kami berharap untuk menerima lebih banyak penyertaan daripada anda pada masa hadapan.

Terima kasih sekali lagi kerana telah mengambil bahagian dalam Cabaran Connected Communities. Kami telah melihat semangat dan komitmen yang tinggi untuk memajukan dan membangunkan kawasan kejiranan di seluruh Malaysia daripada semua peserta dan ini adalah sesuatu yang amat mengagumkan.

Sekian,
Pihak dari Challenge.my